ShalSprout
Pembelajaran Digital untuk Kanak-Kanak Malaysia

Minda aktif, berkembang setiap hari!

Memupuk minat belajar melalui kuasa cerita, sifat ingin tahu dan penerokaan harian.

Jom teroka! ↓
Produk kami

Pilih mengikut umur anak anda.

Silibus KSSR (Tahun 4–6)Umur 10–12 tahun

Detektif Sejarah

Siasat. Faham. Yakin.

Siapa kata Sejarah membosankan? Di sini, Sejarah menjadi kes misteri yang seronok untuk diselesaikan. Anak anda menonton video kes, mengumpul petunjuk tersembunyi dan menyusun Papan Bukti sendiri.

Ibu Pejabat Detektif: fail kes dan Kad Detektif anak anda
Tahun 4Kes 1 PERCUMA! · dijual 21 November
Tahun 5 & 6Siasatan akan datang!
BM & EnglishUmur 6–13 tahun

Cerlang

Baca. Teroka. Bersinar.

Hub bacaan digital interaktif untuk pembaca cilik. Buku cerita bergambar yang seronok untuk didengar, dibaca dan diolah mengikut kreativiti sendiri.

Maya Ada Idea!6–8 tahun · Buku 1 PERCUMA
Kring!8–11 tahun · Buku 1 PERCUMA
Geng Blok C9–10 tahun · Buku 1 PERCUMA
Layang10–13 tahun · Buku 1 PERCUMA
Pakej Kombo Pelancaran Hebat!

Pakej Keluarga

Detektif Sejarah Tahun 4 + 1 siri Cerlang pilihan anda pada harga RM49 sahaja!Harga pelancaran sah sehingga 3 Januari 2027. Mulai 4 Januari 2027: RM75.

Lihat semua pakej →

Kenapa ibu bapa memilih ShalSprout?

Didahului dengan cerita

Topik menarik menjadi jalan cerita yang membuatkan anak anda tak sabar nak tahu pengakhirannya.

Dekat dengan kehidupan

Setiap perkara baharu dikaitkan dengan dunia sebenar anak anda: sekolah, rumah dan persekitaran yang mereka kenal.

Nilai murni kehidupan

Bukan sekadar akademik. Setiap kes dan buku meninggalkan pengajaran yang bermakna.

Zon selamat kanak-kanak

Bebas iklan, tiada pembelian tersembunyi, dan tiada data peribadi anak anda diperlukan.

Tangan Shaliza di meja kerja, dengan Detektif Sejarah, Cerlang dan saluran YouTube ShalSprout di skrin.
Kisah kami

Bermula di rumah, untuk anak-anak kami.

Sebagai ibu kepada lapan orang cahaya mata, meja makan kami sentiasa meriah dengan pelbagai ragam pembelajaran. Idea ShalSprout sebenarnya lahir daripada cabaran sebenar anak-anak kami sendiri.

Salah seorang anak kami bergelut untuk memahami subjek Sejarah kerana lambakan perkataan baharu yang sukar dibayangkan. Adiknya yang berusia 6 tahun pula teruja dan tidak sabar-sabar mahu belajar membaca sendiri. Dari situlah idea ShalSprout lahir.

Detektif Sejarah mengubah silibus Sejarah menjadi misi penyiasatan yang interaktif, langkah demi langkah. Cerlang pula rak buku pintar yang menemani dan membimbing sebutan, perkataan demi perkataan, bersama anak anda.

Saya Shaliza, seorang pereka pembelajaran (learning designer) dan ibu. Saya pastikan anak-anak saya sendiri mencuba dan menyukai setiap modul ini sebelum kami kongsikannya bersama anak anda!

Mahu tahu bila modul baharu dilancarkan?

Sertai komuniti ibu bapa ShalSprout. Tinggalkan butiran anda untuk menjadi yang terawal tahu apabila kes atau buku baharu dibuka.

Berminat dengan

Kami hanya akan menghubungi anda tentang modul baharu ShalSprout. Dasar Privasi